Saiz dan taburan order Rodensia

Dari segi jumlah spesies (tetapi tidak semestinya dari segi jumlah organisme (populasi) atau biojisim), rodensia merupakan order mamalia yang terbesar. Terdapat sekitar 2,277 spesies rodensia (Wilson and Reeder, 2005), dengan lebih 40 peratus spesies mamalia yang tergolong dalam order ini.[5] Pencapaian rodensia ini mungkin disebabkan saiznya yang kecil, kitaran pembiakan yang singkat, serta kebolehan menggerogot dan memakan pelbagai jenis makanan. (Lambert, 2000)

Rodensia ditemui dengan bilangan yang bersar di semua benua kecuali Antartika, kebanyakan pulau, dan di semua jenis habitat kecuali lautan. Rodensia merupakan order mamalia beruri selain kelawar (Chiroptera) dan anjing laut yang tiba di Australia tanpa dibawa masuk oleh manusia.

Rujukan

WikiPedia: Rodensia http://www.theage.com.au/articles/2004/05/18/10847... http://www.answers.com/topic/capybaras-hydrochaeri... http://www.encyclopedia.com/doc/1E1-rodent.html http://flickr.com/photos/peromhc/sets/721576049766... http://www.informahealthcare.com/doi/pdf/10.1080/1... http://www.kidport.com/RefLib/Science/Animals/Rode... http://www3.interscience.wiley.com/journal/1216860... http://animaldiversity.ummz.umich.edu/site/account... //www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC1802082 //www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC2596365